Renduck Ria Raya
Masa Penyediaan
30 min
Masa Memasak
- min
Hidangan
12
Bahan-bahan
1 ekor (2 kg) itik yang telah dipotong dan dibuang lemak
A (untuk dikisar)
15 tangkai cili kering, direndam hingga lembut dan toskan
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai
4 tangkai cili padi
3 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan putih
B
1 sudu besar gula melaka
5 sudu besar sos tiram
300 gram Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
3 sudu besar kerisik
2 batang serai diketuk
3 helai daun kunyit. dihiris halus
Cara memasak
1
Masukkan itik dan kisar. Biarkan masak selama 1 jam guna api perlahan.
2
Masukkan bahan B, kacau rata guna api perlahan.
3
Masak sehingga kuah mengering.