2 sudu besar serbuk roti, direndam dalam 2 sudu besar Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
250g Kambing cincang
1/2 sudu teh jintan putih dikisar
1/2 sudu teh MAGGI® Liquid Seasoning
B
1 tin (400g) tomato dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu teh bawang, dicincang
20g daun selasih segar, dipotong besar
2 sudu besar keju parmesan diparut, jika perlu/pilihan
1/2 sudu teh Campuran herba Itali kering
1 1⁄2 sudu teh minyak zaitun
200g Linguine, dimasak
Cara memasak
1
Gaulkan bahan A di dalam mangkuk sehingga sebati.
2
Gunakan tapak tangan untuk membentuk bebola daging. Tinggalkan di atas dulang selama 20 -30 minit untuk perap.
3
Panaskan 1 sudu teh minyak zaitun dalam kuali tidak melekat dan goreng bebola daging dengan kepanasan sederhana-rendah, sambil dibalikkan dengan kerap sehingga bebola daging perang dan dimasak sebati. Keluarkan, toskan minyak dan tinggalkan sementara.
4
Panaskan minyak yang tinggal dan gorengkan bawang putih dan bawang sebentar. Campurkan tomato cincang dan herba kering. Biarkan ia mereneh atas kepanasan rendah selama 5 minit sehingga pekat.
5
Tambahkan bebola daging dan selasih potong, kacau sebentar. Renehkan untuk 3-5 minit lagi dengan kepanasan rendah untuk memekatkan lagi sos. Tambahkan garam, lada putih dan gula, kemudian tambahkan pasta dan sos untuk dicampur. Jika dikehendaki, tambahkan keju parmesan parut sebelum dihidangkan.
Kami menggunakan cookies untuk memastikan kami memberi anda pengalaman terbaik di laman web kami. Jika anda terus menggunakan laman web ini, kami akan mengandaikan bahawa anda gembira dengannya.