Ayam Kurma
Prep Time
10 mins
Cooking Time
20 mins
Serving
6
Ingredients
500g Isi ayam, dipotong kecil
200g Kentang, dipotong kecil
100ml Minyak jagung
A
2 btg Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga lawang
4 Pelaga
1 biji Bawang besar, dikisar
3cm Halia, dikisar
4 ulas Bawang putih, dikisar
B
50g Rempah kurma
300ml Air
C
2 ketul Kiub Pati Ayam
1L Air
D
100ml Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
4 biji Cili merah, dibelah 2 dan dipotong 4
100g Daun bawang, dihiris 5 cm
2 biji Bawang besar, dipotong berbaji
1 biji Tomato, dipotong berbaji
100g Kacang hijau
Steps
1
Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau/wangi.
2
Masukkan isi ayam dan gaul mesra.
3
Masukkan bahan B, gaul mesra dan masak sehingga isi ayam mengecut.
4
Masukkan bahan C dan D, gaul dan reneh seketika.
5
Hidangkan ketika panas.
6
Tip: Untuk makanan yang lebih seimbang, hidangkan dengan sayuran segar seperti tomato dan ulam.