Kari Ayam Dalca
Masa Penyediaan
20 min
Masa Memasak
10 min
Hidangan
8
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak jagung
A
1 tangkai Daun kari
2 biji Bawang besar, dikisar
10g Halia, dikisar
2 biji Cili merah, dikisar
B
2 sudu besar Serbuk ketumbar
2 sudu teh Serbuk jintan halus
1/2 sudu teh Serbuk jintan kasar
1/2 sudu teh Serbuk lada hitam
2 sudu besar Serbuk cili
300g Ayam, dipotong
C
400ml Air
50g Lobak merah, dipotong baji
50g Terung, dipotong baji
1 biji Tomato, dipotong baji
3 biji Cili hijau, dipotong baji
200g Kacang dal, direbus hingga empuk
30g Asam jawa, dicampur dengan 100ml Air
1/4 cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 1/2 tablespoons MAGGI® Cukup Rasa
Cara memasak
1
Panaskan periuk dan tumiskan bahan A dan B sehingga wangi.
2
Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
3
Tambahkan bahan C dan renehkan selama 15 minit.
4
Hidangkan panas bersama nasi.