Cawan Yogurt Matcha
Masa Penyediaan
5 mins
Masa Memasak
- mins
Hidangan
4-6
Bahan-bahan
Lapisan madu
2 cawan Lactel Natural Smooth Yogurt
2 sudu besar madu
Lapisan matcha
2 cawan Lactel Natural Smooth Yogurt
3 sudu teh serbuk matcha
1 biji pisang besar, dihiris
Serbuk matcha tambahan untuk hiasan
Cara memasak
1
Siapkan lapisan putih: Campurkan madu dengan yogurt sehingga sebati.
2
Siapkan lapisan hijau: Campurkan serbuk matcha ke dalam yogurt sehingga rata tanpa gumpal.
3
Susun dengan cantik: Selang-seli antara yogurt madu, yogurt matcha, dan hirisan pisang di dalam gelas atau cawan hidangan