Ayam Panggang Ketuhar Dengan Sos Salad
Masa Penyediaan
30 mins
Masa Memasak
20-30 mins
Hidangan
3-4
Bahan-bahan
4 keping dada ayam
Perapan ayam
1 cawan Lactel Natural Set Yogurt
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada hitam
¼ sudu teh serbuk paprika
Sos salad
2 cawan Lactel Natural Smooth Yogurt
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
Garam dan lada hitam secukup rasa
1½ sudu besar serai, dihiris
2 ulas bawang putih
2 sudu teh halia, dihiris
1 sudu besar jus limau nipis
Cara memasak
1
Sediakan ayam: Campurkan semua bahan perapan dan lumurkan pada ayam sehingga sekata. Perap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih baik semalaman. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20-30 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
2
Sediakan sos: Kisar hirisan serai, bawang putih, halia, dan jus limau sehingga menjadi pes yang halus. Kemudian campurkan semua bahan sos dan gaul sehingga sebati serta bertekstur halus.
3
Hidangkan: Susun ayam panggang bersama sayur-sayuran pilihan dan tuangkan sos di atasnya, atau hidangkan sos secara berasingan sebagai pencicah.