Muffin Lemon Limau
Masa Penyediaan
30 min
Masa Memasak
15 min
Hidangan
20
Bahan-bahan
1 cawan Mentega,dicairkan
1⁄2 cawan Gula kasar
11⁄2 sudu teh Serbuk penaik
4 Telur
2 sudu teh Ekstrak lemon
1 cawan Lactel Yogurt 'Set' Asli
2 1⁄2 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Garam
1/2 cawan Jus limau
2 sudu teh kulit Lemon or limau, diparut
Sedikit gula halus dan ¼ cawan jus limau
Cara memasak
1
Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2
Tambahkan telur dan pukul.
3
Tambahkan pati lemon dan gaulkan.
4
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.
5
Tambahkan tepung yang diayak berselang seli dengan jus limau, gaulkan sebati setiap kali selepas menambah bahan.
6
Tambahkan parutan kulit limau.
7
Masukkan dan gaulkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli perlahan-lahan.
8
Isikan ke dalam cawan mufin ¾ penuh dan bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit atau uji dengan pencucuk kek. Sekiranya tiada bahan yang melekat pada pencucuk, ini bererti kek telah masak.
9
Sejukkan selama 15 minit, kemudian celupkan ke dalam jus limau diikuti dengan gula halus.