Laman Utama
Produk
Resipi
Kenali Kami
Hubungi Kami
EN
BM
Laman Utama
Produk
Resipi
Kenali Kami
Hubungi Kami
EN
BM
Previous
Next
Ayam Goreng Emas Yogurt
Masa Penyediaan
180 min
Masa Memasak
15 min
Hidangan
1
Maklumat Nutrisi Setiap Hidangan
kcal
g
protein
g
karbohidrat
g
lemak
Bahan-bahan
#1: Untuk diperap
Daging Paha Ayam: 1 keping
Garam: sedikit
Kicap Cair: sedikit
Lada Putih: sedikit
Yogurt Lactel Nat Set
Tepung Ubi
Telur: 1 biji telur
#2: Untuk mengoreng
Tepung Jagung: sedikit
Tepung Gandum: sedikit
Minyak secukupnya
Cara memasak
1
Bersihkan paha ayam, tambahkan garam, kicap, lada putih, dan ratakan atas paha ayam.
2
Gunakan Yogurt Lactel Nat Set untuk memerap paha ayam agar menjadi lembut.
3
Setelah menambah yogurt, ratakan.
4
Pecahkan telur, tambahkan tepung ubi, kemudian urut ke dalam paha ayam.
5
Simpan paha ayam yang telah diperap dalam peti sejuk selama 3 jam.
6
Salut paha ayam dengan tepung jagung. Setelah minyak dipanaskan hingga 180 darjah Celsius, goreng paha ayam sehingga berwarna keemasan.
7
Balikkan paha ayam dan goreng secara rata.
8
Goreng paha ayam sehingga rangup, kemudian angkat dan hidangkan.
9
Selamat menikmati ayam goreng emas yogurt.