Acuan bulat 8” dengan lapisan bawah (bes) yang boleh dikeluarkan
200g Biskut Marie / Digestive, dikisar halus untuk keju yogurt
1 tin (400g) buah pic, dipotong ketulan kecil
160g gula kastor
200ml sirap dari tin buah pic
500g keju krim, suhu bilik
20g serbuk gelatin
300g Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
Cara memasak
1
Gaulkan bahan untuk bes dan padatkan. Simpan dalam peti sejuk/sejukkan.
2
Didihkan dua kali serbuk gelatin dengan sirap pic, teruskan mengacau agar kesemua serbuk gelatin larut. Biarkan sehingga sejuk.
3
Pukul keju krim dan gula kastor sehingga gebu.
4
Tambahkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, kemudian pic. Gaul hingga sebati.
5
Tambahkan (2) ke dalam campuran tersebut.
6
Gaulkan dan tuangkan ke atas bes biskut. Sejukkan selama 3 jam.
Kami menggunakan cookies untuk memastikan kami memberi anda pengalaman terbaik di laman web kami. Jika anda terus menggunakan laman web ini, kami akan mengandaikan bahawa anda gembira dengannya.