Kongsikan kebaikan Lactel di Raya ini – nikmati Lactel Bliss edisi khas Kurma Gula Melaka bersama juadah kegemaran keluarga yang dimasak menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli. Ini Barulah Raya!
Rendang Ayam Yogurt
Masa Penyediaan
45 min
Masa Memasak
- min
Hidangan
12
Bahan-bahan
135g Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
2 kiub Kiub Pati Ayam
200ml Air
500g daging ayam dipotong dadu
2 batang Serai dihiris halus
3 ulas Bawang putih dikisar halus
4 ulas Bawang merah dikisar halus
2 batang Serai
3 biji Cili merah
4 ulas Bawang putih
3 cm Halia
3 ulas Bawang
¼ cawan Air
¼ cawan Pes cili
Cara memasak
1
Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, bawang, air dan pes cili.
2
Di dalam kuali, campurkan bahan yang telah dikisar dengan serai, bawang putih, bawang merah serta daun kunyit dan kacau sebati.
3
Dengan api yang sederhana, biarkan ia mendidih lebih kurang 10 minit.
4
Kecilkan api dan reneh selama 20 minit. Kacau dengan kerap hingga ramuan menjadi kering.
5
Dihidang panas dengan lemang.
Biskut Lemon Yogurt
Masa Penyediaan
45 min
Masa Memasak
- min
Hidangan
25
Bahan-bahan
120g Mentega, dilembutkan
100g Gula kastor
2 camca teh Parutan kulit limau
1 camca teh Jus limau
1 Telur (besar), dipukul
180g Tepung gandum
1 camca teh Serbuk penaik
1 pinch Garam
¼ cup Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, dipukul
40g oat
Glaze
50g Gula serbuk
2 camca teh Jus limau
1 camca besar Parutan kulit limau, diparut halus
Cara memasak
1
Pukul gula kastor dan mentega sehingga ringan dan kembang. Tambah kulit lemon, jus lemon parut dan telur, pukul hingga sebati.
2
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, gaul rata. Tambah campuran tepung ke campuran mentega-gula seli dengan yogurt. Gaul rata selepas setiap tambahan.
3
Masukkan 1 sudu campuran biskut ke dulang pembakar berlapik dengan kertas minyak. Tinggalkan ruang antara biskut untuk berkembang.
4
Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180ºC selama 15 – 20 minit atau sehingga biskut berwarna keperangan. Biar sejuk di atas rak dawai.
5
Dalam mangkuk kecil, gabungkan gula aising, jus lemon dan kulit lemon parut dengan pemukul kecil.
6
Sapu sadur lemon ke atas biskut, dan biar mengeras.
Muffin Lemon Limau
Masa Penyediaan
30 min
Masa Memasak
15 min
Hidangan
20
Bahan-bahan
1 cawan Mentega,dicairkan
1⁄2 cawan Gula kasar
11⁄2 sudu teh Serbuk penaik
4 Telur
2 sudu teh Ekstrak lemon
1 cawan Lactel Yogurt 'Set' Asli
2 1⁄2 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Garam
1/2 cawan Jus limau
2 sudu teh kulit Lemon or limau, diparut
Sedikit gula halus dan ¼ cawan jus limau
Cara memasak
1
Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2
Tambahkan telur dan pukul.
3
Tambahkan pati lemon dan gaulkan.
4
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.
5
Tambahkan tepung yang diayak berselang seli dengan jus limau, gaulkan sebati setiap kali selepas menambah bahan.
6
Tambahkan parutan kulit limau.
7
Masukkan dan gaulkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli perlahan-lahan.
8
Isikan ke dalam cawan mufin ¾ penuh dan bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit atau uji dengan pencucuk kek. Sekiranya tiada bahan yang melekat pada pencucuk, ini bererti kek telah masak.
9
Sejukkan selama 15 minit, kemudian celupkan ke dalam jus limau diikuti dengan gula halus.