Lapikkan bekas pembakar kek bulat atau empat segi 10” dengan kertas minyak. Ayak bahan A bersama.
2
Pukul mentega, gula dan esen vanila di dalam mangkuk sehingga berkrim.
3
Tambahkan dan pukul telur satu per satu.
4
Gaulkan campuran tepung berselang seli dengan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli sehingga sebati. Tuang dan ratakan di dalam bekas kek yang telah disediakan.
5
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 45 minit atau sehingga masak apabila diuji. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk.
6
Sementara itu, letakkan coklat dan Lactel Yogurt Tanpa Lemak di dalam mangkuk. Cairkan coklat bersama Lactel Yogurt itu dengan meletakkan mangkuk tersebut di dalam bekas yang berisi air dan panaskan bekas tersebut (kaedah double boiling). Kacau sehingga sebati. Sapukan bahagian atas ini di atas kek yang telah sejuk dan sekiranya mahu, anda boleh menggunakan garfu untuk membuat corak. Biarkan sebentar sebelum memotongnya.
Kami menggunakan cookies untuk memastikan kami memberi anda pengalaman terbaik di laman web kami. Jika anda terus menggunakan laman web ini, kami akan mengandaikan bahawa anda gembira dengannya.