Sementara itu, letakkan coklat dan Lactel Yogurt Tanpa Lemak di dalam mangkuk. Cairkan coklat bersama Lactel Yogurt itu dengan meletakkan mangkuk tersebut di dalam bekas yang berisi air dan panaskan bekas tersebut (kaedah double boiling). Kacau sehingga sebati. Sapukan bahagian atas ini di atas kek yang telah sejuk dan sekiranya mahu, anda boleh menggunakan garfu untuk membuat corak. Biarkan sebentar sebelum memotongnya.