Ayam Ros Raya Beryogurt
Masa Penyediaan
30 min
Masa Memasak
- min
Hidangan
6
Bahan-bahan
¼ cawan minyak masak
A (untuk dikisar)
3 biji saiz sederhana bawang besar
5 ulas bawang putih
40 gram (kering) cili kering, direndam hingga lembut & ditoskan
1 inci lengkuas
1 inci halia
¼ cawan air
2 tangkai serai, diketuk
2 helai daun pandan, disimpul
2 sudu besar serbuk ketumbar
B
500 gram ayam dipotong dadu, campuran dada / bahagian atas paha
50 ml air
¼ cawan sos tomato
150 gram Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 ½ sudu besar MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar air mawar / ros
2 biji tomato, dipotong berbaji
Cara memasak
1
Tumis bahan-bahan di dalam kuali sehingga pecah minyak.
2
Masukkan serbuk ketumbar dan kacau rata.
3
Masukkan ayam, kacau sehingga ayam separuh masak.
4
Masukkan air, sos tomato, serai dan daun pandan.
5
Renih selama 15 minit dengan api sederhana dan sehingga ayam masak
6
Tambah air mawar dan tomato. Renih selama 5 minit atau sehingga empuk.